Tuesday 10 July 2018

Ibu Yang Marah...

Aku...ibu yang selalu marah - marah.
Aku...ibu yang kerap menjerit - jerit.
Aku...ibu yang selalu menegah itu ini.
Aku...ibu yang kerap mencubit.
Aku...ibu yang selalu membalas pandangan dengan dungusan.
Adakah aku ibu yang lemah? Lemah dalam melawan kepenatan. Lemah dalam menangani emosi. Lemah membiar diri tertekan.
.
Malam tadi.
Hero 1. Hero 2. Hero 3.
Hero no. 3 telah tidur. Hero no. 2 tahu tempat tidurnya adalah sebelah ibunya. Hero no. 1 tempat tidurnya bahagian lain tapi tidak mahu tidur di atas tilam dan lebih rela tidur di atas sofa bed yang bersebelahan dengan tempat tidur ibunya. Hero no 1 dengan ibunya (sejak makin membesar) jarang bercakap dgn nada perlahan - lahan, mesti ada jer yang dia nak berlawanan ckp dgn ibu.
Dia penakut. Antara sebab taknak tidur tempat disediakan kerana dia tidur seorang (memandang hero no 2) dah beralih tidur sebelah ibu.
Ibu dah minta ayah temankan tidur Hero No. 1. So, oklah.
Then, Hero No. 1 tetap taknak tidur dengan ayah dia. Ibu dah kata, dah besar tidurlah sendiri. Katanya, dia memanglah tidur dengan ibu sampai dia besar seusia mcam ibu.
Hero No 1, walaupun berlawanan...ada curi - curi peluk2 ibu.
Ibu tak lekang dengan perkataan 'sayang ibu', Ibu marah - marah tapi tak pernah menghampakan permintaan anak ibu. Ibu jerit - jerit marah, tapi ibu tetap cium anak ibu.
.
Hero no 1 bertanya,
Antara hero no 2 & No. 3...ibu sayang yang mana?
"IBU SAYANG SEMUA ANAK - ANAK IBU."

Tuesday 12 June 2018

Rezeki apa ni...

Assalamualaikum.

Harini bertarikh 13/06/18. 28 Ramadhan. Berbaki lagi dua hari untuk umat islam menyambut syawal. Menjelang syawal, banyak duit nak digunakan. Sejak berkahwin dan beranak pinak, jarang kami mengutamakan persiapan diri. Selain untuk anak - anak, aku amat utamakan dana raya untuk mak mertua. Ini kerana suami adalah anak sulung, kedua kerana dia yang tolong menjaga cucu - cucu tiap kali aku pergi bekerja. Sementara adik ipar pulak hari - hari mengambil anak - anak sekolah.
Kebetulan suami hantar repair kereta kancil yang dah bertahun tak bergerak kerana rosak. Sebahagian wang, dah keluar ke arah itu.
Bab baju pulak. Mulanya cadangkan nak beli di kedai - kedai biasanya kerana aku tahu baju - baju melayu di situ lebih murah berbanding tempat lain. Tapi rancangan berubah dan tempat tujuan menuju Nilai 3. Ingat tau, bukan murah sebenarnya harga di Nilai 3. Untuk 5 pasang baju, total RM440.. Itu baru baju pagi raya jer. Persiapan lain takda lagi. Bab kuih, saya menolak membeli. Kerana kami bercadang menyediakan makanan berat berbanding kuih raya.

Pada tarikh 11/06/2018...pagi2 dah niat nak settle segala bil. Dan TERKEJUT! Kenapa baki wang dalam bank ada lebih 1K. Disemak, ada transaksi dari syarikat insurance berjumlah RM1200. SubhanaAllah. Memanglah terkejut. Takut pun ada. Apahal pulak tiba2 syarikat insurans bagi duit.
Call syarikat insurans tu. Katanya ia Royalti yang diberi kepada pelanggan yang dah cukup 3 tahun. Alhamdullillah. Memandangkan tak pasti polisi ni ada takaful atau tak, kita kenalah bayar zakat pada royalti ni.

Syukur alhamdullillah...dapat settle bil yang tertunggak berbulan2.

Jangan lupa bersedekah. InsyaAllah.
Nak bersedekah cara mudah, boleh jer melalui online transfer. Korang jadikan favourite list mana2 rumah anak yatim yang uols tahu. 

#rezeki #sedekah #rezekiajaib

Tulisan Pertama Sekadar Pembuka Bicara

Assalamualaikum.

Saya bukan orang pertama kali menulis di blog akan tetapi nak cuba kembali aktif menulis di blog. Sudah lama tak menulis  (secara diari) di mana ia sangat berguna ketika nak mengingat sesuatu. Di dalam blog sebelah, banyak menulis mengenai ragam anak semasa mereka kecil. Anak pertama pulak tu, pelbagai rasa dikongsi pada blog. Anak dah 3 ni..sibuklah sangat sampai takda masa nak menulis.

Rezeki dari Nya pelbagai bentuk. Pelbagai rasa. Pelbagai gaya.

Throwback 8 tahun lepas. Waktu itu, baru sahaja berkahwin. Walaupun perkahwinan secara jarak jauh, alhamdullillah disahkan hamil selepas 2 bulan berkahwin. Perjalanan mengandung macam biasa. Takda ragam atau alahan teruk. Setiap kali check up pun takda apa yang membimbangkan. Semuanya baik. Bila masuk kandungan 35 minggu, pemeriksaan di hospital sebab nak booking hospital tu untuk bersalin. Allahuakhbar. Masa ni diberitahu akan masalah buah pinggang pada bayi. Seminggu selepas itu, buat detail scan. Doktor terus minta masuk dan katanya esok bersalin memandangkan air ketuban dah sikit sangat. Dari situ, bermula pelbagai babak sehingga bayi selamat dilahirkan pada pkul 2 pagi 01/04/2010 dan bayi meninggal dunia pada pukul 9 malam pada hari yang sama. 

Dalam hidup saya, ini adalah ujian paling besar. Kerana selama ini kehidupan sentiasa berjalan baik tanpa sedikit ujian dariNya. Allahuakhbar. Aku yang alpa. Kerana menyangka 'selamat melahirkan bayi' dan tidak sedar DIA bole menarik balik nikmat itu. 

Aku mengandung. Aku melahirkannya. Aku melihatnya. Aku menyentuh. Alhamdullillah. Allah beri aku REZEKI itu tapi Allah swt tidak nikmat menyusuinya dan menjaganya. Allahuakhbar. Insaf. Kerana tidak sedar bahawa Allah akan uji umatNya bila - bila DIA mahu. Redha.

Alhamdullillah. Kerana ujian ini, aku lebih percaya pada REZEKI Nya. Lebih bersyukur. Lihat sekeliling. Alhamdullillah. Aku ada suami yang baik. Aku ada keluarga mertua yang sangat prihatin & saling menyokong. Jangan mempertikaikan rezeki orang lain. Ia seperti kita bergaduh denganNya. Nauzubillah...

Ibu Yang Marah...

Aku...ibu yang selalu marah - marah. Aku...ibu yang kerap menjerit - jerit. Aku...ibu yang selalu menegah itu ini. Aku...ibu yang kerap m...