Tuesday 12 June 2018

Tulisan Pertama Sekadar Pembuka Bicara

Assalamualaikum.

Saya bukan orang pertama kali menulis di blog akan tetapi nak cuba kembali aktif menulis di blog. Sudah lama tak menulis  (secara diari) di mana ia sangat berguna ketika nak mengingat sesuatu. Di dalam blog sebelah, banyak menulis mengenai ragam anak semasa mereka kecil. Anak pertama pulak tu, pelbagai rasa dikongsi pada blog. Anak dah 3 ni..sibuklah sangat sampai takda masa nak menulis.

Rezeki dari Nya pelbagai bentuk. Pelbagai rasa. Pelbagai gaya.

Throwback 8 tahun lepas. Waktu itu, baru sahaja berkahwin. Walaupun perkahwinan secara jarak jauh, alhamdullillah disahkan hamil selepas 2 bulan berkahwin. Perjalanan mengandung macam biasa. Takda ragam atau alahan teruk. Setiap kali check up pun takda apa yang membimbangkan. Semuanya baik. Bila masuk kandungan 35 minggu, pemeriksaan di hospital sebab nak booking hospital tu untuk bersalin. Allahuakhbar. Masa ni diberitahu akan masalah buah pinggang pada bayi. Seminggu selepas itu, buat detail scan. Doktor terus minta masuk dan katanya esok bersalin memandangkan air ketuban dah sikit sangat. Dari situ, bermula pelbagai babak sehingga bayi selamat dilahirkan pada pkul 2 pagi 01/04/2010 dan bayi meninggal dunia pada pukul 9 malam pada hari yang sama. 

Dalam hidup saya, ini adalah ujian paling besar. Kerana selama ini kehidupan sentiasa berjalan baik tanpa sedikit ujian dariNya. Allahuakhbar. Aku yang alpa. Kerana menyangka 'selamat melahirkan bayi' dan tidak sedar DIA bole menarik balik nikmat itu. 

Aku mengandung. Aku melahirkannya. Aku melihatnya. Aku menyentuh. Alhamdullillah. Allah beri aku REZEKI itu tapi Allah swt tidak nikmat menyusuinya dan menjaganya. Allahuakhbar. Insaf. Kerana tidak sedar bahawa Allah akan uji umatNya bila - bila DIA mahu. Redha.

Alhamdullillah. Kerana ujian ini, aku lebih percaya pada REZEKI Nya. Lebih bersyukur. Lihat sekeliling. Alhamdullillah. Aku ada suami yang baik. Aku ada keluarga mertua yang sangat prihatin & saling menyokong. Jangan mempertikaikan rezeki orang lain. Ia seperti kita bergaduh denganNya. Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment

Ibu Yang Marah...

Aku...ibu yang selalu marah - marah. Aku...ibu yang kerap menjerit - jerit. Aku...ibu yang selalu menegah itu ini. Aku...ibu yang kerap m...